Pages

TA"ARUF

SALASILAH KELUARGA

     Hasil perkongsian hidup Arwah Haji Abu Hassan Bin Hj Ghazali bersama Hajah Mardyah Binti Ahmad yang dibina sejak puluhan tahun telah dikurniakan dengan 10 cahaya mata. Nikmat ini telah Allah curahkan kepada Keluarga Almarhum dengan memberi 6 orang putera yang diasuh menjadi Pejuang Agama dan 6 puteri yang diasuh untuk menjadi Serikandi yang membantu setiap usaha adik beradik Almarhum untuk menperjuangkan  Agama Allah Khususnya di tanah air tercinta KAMPUNG TEBUK PANCUR dan amnya seluruh negara dan dunia.
     Salah seorang diantara anak-anak Almarhum telah dijemput oleh Allah diawal usia 2 tahun, adinda yang diberi nama ABDUL HAFIZ BIN ABU HASSAN telah pergi terlebih dahulu dari kakandanya kerana mengalami sedikit penyakit yang sukar dibentu bagi kanak-kanak yang masih diawal usia kehidupan. itulah fitrah kehidupan bagi setiap makhluk Allah yang bernyawa.
     Kehidupan diteruskan tanpa berasa sedikit kekurangan kerana setiap yang diambil oleh Allah pastinya Akan diganti dengan yang lebih baik. Almarhum amat menitikberatkan soal agama dalam kehidupan anak-anaknya sehinggalah beberapa kejayaan dicapai oleh anak-anak Almarhum dengan dipelopori oleh anak sulung Almarhum yang telah lama menamatkan pengajian dan sekarang telah memegang jawatan sebagai seorang pendidik yang telah lama berkhidmat untuk memberi pendidikan kepada anak bangsa, seterusnya kejayaan turut diikuti oleh anak-anak Almarhum yang lain setelah ada yang menyambung pelajaran diperingkat antarabangsa dan dunia sehingga memecah langit biru menempuh onak dan duri ditanah orang dalam usaha menuntu ilmu yang menjadi asas kehidupan yang telah diterapkan oleh Almarhum.

     Bermula dengan anak sulung Almarhum yang diberi nama HASMIDAH BINTI ABU HASSAN, beliau adalah graduan UNIVERSITI MALAYA sekitar tahun 1999 telah berkhidmat sebagai guru PENDIDIKAN ISLAM di beberapa buah sekolah antara yang terawal perkhidmatannya ialah sekolah menengah yang berada di seberang laut cina selatan iaitu selatan BORNEO SABAH. seterusnya memohon pertukaran dan diterima untuk menyambungkan perkhidmatannya sebagai guru di SEKOLAH MENENGAH REDANG PANJANG sehingga sekarang.

   Anak kedua Almarhum yang diberi nama MOHD ZAWAWI, 35 merupakan salah seorang graduan UNIVERSITI AL-AZHAR sekitar tahun 2005 telah kembali ke tanah air dalam usaha untuk membantu almarhum untuk mencapai harapan dan impiannya iaitu menjadikan Kampung halaman yang tercinta menjadi kampung perkembangan ilmu agama yang tersohor supaya tanah kampung yang tercinta itu tidak mudah digadai kepada golongan hartawan yang gilakan dunia. Beliau sekarang telah memegang jawatan sebagai Guru DIsiplin di sebuah sekolah yang menjadi pusat Pendidikan pertama beliau dalam mendalami ilmu agama iaitu Maahad Al-Ehya Ash-Shariff, Gunung Semanggol. umpama peribahasa yang selalu kita dengar iaitu "SIRIH PULANG KE GAGANG".
Beliau telah menamatkan zaman bujangnya sekitar tahun 2004 dan dikurniakan sepasang cahaya mata yang kini berumur antara 9 hingga 2 tahun.

     Seterusnya yang ketiga ialah ABDUL LATIF BIN ABU HASSAN merupakan salah seorang harapan almarhum untuk menggantikan tempatnya suatu ketika nanti sebagai imam dan pemimpin kampung. Beliau sekrang telah mengikit jejak langkah almarhum akan tetapi tempat berkhidmat beliau amat jauh iaitu seberang LAUT CHINA SELATAN. Beliau merupakan salah seorang penuntut di pusat ilmiah terkemuka di Kelantan iaitu MADRASAH AL-BAKRIAH, PONDOK PASIR TUMBUH, KELANTAN.
Beliau menamatkan zaman bujangnya sekitar tahun 2006 dan dikurniakan 3 orang serikandi yang membantu dalam usaha mengemas dan memasak dalam kehidupan beliau.

     Anak yang keempat merupakan anak yang amat nakal bagi almarhum tetapi tetap bertuah memilikinya kerana anak inilah yang selalu menyerikan hari-hari bersama almarhum. sering menjadi gurauan dan gelak tawa dikala kesepian. Walaupun agak sukar bagi almarhum menetapkan anaknya ini untuk menuntut ilmu di sesebuah sekolah secara kekal tetapi almarhum masih tersenyum lebar memikirkan perangai dan tingkah laku anaknya ini. Akhirnya almarhum mengambil keputusan untuk menghantar anaknya ini ke Maahad Al-Ehya Ash-Shariff utuk meneruskan sesi pembelajaran bagi menghadapi peperiksaan. Akhirnya beliau berjaya menamatkan pelajar diperingkat sekolah dengan jayanya. Anak yang aktif dengan sukan ini kemudiannya memilih untuk mendekatkan diri dengan hafazan al-quran apabila melihat kakandanya yang lain telah melangkah ke gerbang kehidupan yang hampir sempurna. Berkat doa ibu dan almarhum, beliau berjaya menjadiminsan yang amat dibanggakan. sehinggalah sekarang beliau telah menjadi salah seorang guru harapan di Sekolahnya dahulu iaitu Maahad Al-Ehya Ahs-Shariff.
    Beliau telah menamatkan zaman bujangnya sekitar tahun 2010 yang lalu dan dikurniakan 2 orang serikandi berumar sekitar 2 tahun hingga 1 minggu dari tarikh penulisan ini, yang dilahirkan secara normal di hospital Taiping pada 6 september 2012.

1 comment:

  1. itu bngli kan3?? paling nakl.. ct ke 2 nakai agaknye.. hu^^_ al fatihah tuk ayhnda.. allahumaamin,,,,

    ReplyDelete