Pages

Saturday, May 29, 2010

DI ANTARA KELEBIHAN BULAN REJAB

Sabda nabi S.A.W : “Sesungguhnya bulan Rejab itu bulan Allah, bulan Syaaban itu bulanku dan bulan Ramadhan bulan umatku.” Bulan Rejab adalah salah satu bulan yang sangat dimuliakan dalam Islam. Pintu rahmat daripada Allah terbuka luas bagi hamba-hambaNya yang inginkan kesejahteraan jiwa dan ketenangan fikiran. Berikut merupakan kelebihan bulan Rejab:

Saturday, April 10, 2010

BIODATA RASULULLAH S.A.W

Pepatah Melayu ada mengatakan "Tak Kenal, Maka Tak Cinta". Demikianlah sikap kita terhadap Rasulullah SAW. Seseorang itu tidak akan menyambut kelahiran Rasulullah SAW jika tiada perasan cinta terhadap baginda. Malahan sesetengahnya langsung tidak mempedulikan Rasulullah SAW, seolah-olah tiada apa-apa keistimewaan dengan kelahiran dan pengutusannya. Menyedihkan lagi, sebahagian daripada umat Islam lebih mengingati kelahiran paderi ' St. Valentino ' daripada mengingati Rasulullah SAW, lebih mengingati biodata para artis daripada biodata Rasulullah SAW. Beginikah kecintaan kita kepada seorang kekasih dan utusan Allah SWT? Justeru, wajarlah untuk saya memaparkan biodata dan kronologi hidup Baginda SAW untuk tatapan dan ingatan kita bersama agar kita lebih mencintai kehidupan dan perjuangan Rasulullah SAW.

SEJARAH RINGKAS RASULULLAH SAW
BIODATA RASULULLAH SAW

Nama: Muhammad bin ' Abdullah bin ' Abdul Muttalib bin Hashim
Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka ' abah)
Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
Nama bapa: ' Abdullah bin ' Abdul Muttalib bin Hashim
Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ' Abdul Manaf
Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa ' diah (lebih dikenali Halimah As-Sa ' diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

USIA 5 TAHUN

Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di
dalamnya.

USIA 6 TAHUN

Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ' (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya ' Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN

Datuknya, ' Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN
Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' , jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

USIA 25 TAHUN

Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN

Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka ' abah.
Pembinaan semula Ka ' abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN

Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN

Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN

Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW.

Khadijah Binti Khuwailid
Saudah Binti Zam ' ah
' Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab)
Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
Zainab Binti Jahsy
Maimunah Binti Harith
Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin)

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW

1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra '

ANAK TIRI RASULULLAH SAW

Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).

SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW
IBU SUSUAN SAUDARA SUSUAN


Thuwaibah
1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad

Halimah Al-Saidiyyah

1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza

BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW (ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)
1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al- ' Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya ' Abdul ' Uzza)
8. Abdul Ka ' bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. ' Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al- ' Awwam) ***

*** Sempat masuk Islam.

## Ulama ' berselisih pendapat tentang Islamnya..

Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas

Friday, April 9, 2010

FIKIR-FIKIRKAN LAH.....

GOLDZHIHER, seorang orientalis terkenal menyatakan: "Tidaklah menghairankan jika Muhammad menjadi seorang Nabi, kerana Isa dan Musa juga nabi. Sesungguhnya yang menghairankan adalah beliau menetap selama 40 tahun di Makkah tanpa belajar sama sekali di sekolah atau berguru dengan seorang guru. Kemudian setelah 40 tahun, beliau tiba-tiba berubah menjadi seorang pemberi fatwa terhebat, pensyarah ternama di mimbarnya, orang yang paling petah bercakap, pemimpin serta pendidik teragung di dunia ini. Inilah yang paling menghairankan mengenai Muhammad.
Setiap bangsa pasti memiliki tokoh dipuji dan menjadi inspirasi bagi generasi selepasnya. Kesan peninggalan mereka menjadi sumbangan yang amat bererti untuk kemajuan bangsa dan negara.
Kisah hidup mereka dibukukan, idea dijadikan panduan dan kekentalan semangat mereka menjadi obor optimisme yang sentiasa membakar jiwa generasi baru. Umat Islam di seluruh dunia yang lahir daripada pelbagai etnik budaya dan bangsa sepakat untuk mempunyai seorang yang teragung untuk diikuti. Beliau adalah rasul yang amat dicintai, Muhammad SAW.
Tidak ada seorang manusia pun di bumi ini apabila kita menyebut namanya, mampu melonjakkan revolusi kemanusiaan. Kita berubah menjadi manusia yang bersemangat maju untuk mentadbir alam ini dengan jawatan sebagai Khalifatullah fil Ard. Inilah cetusan himbauan seorang politikus paling ulung, pentadbir negara dan pemimpin seluruh umat di dunia, Muhammad SAW.
Begitulah rahsianya mengapa kita disuruh untuk berselawat ke atas Nabi SAW. Selawat umpama suntikan yang mengandungi kekuatan cinta dan rindu yang mengusik jiwa. Ia mencerahkan wajah, mengukuhkan hentakan kaki dan tangan. ia juga menajamkan akal fikiran dan merubah hidup anda menjadi tertumpu pada perjuangan. Untuk umat, bangsa dan negara!
Selawat adalah bisikan kasih yang mengikrarkan janji manis untuk menjadi setia, reda dan taat. Bukan sekadar hiasan pada bibir, pemanis mulut dan menunjuk riak pada sesama hamba.
Untuk apa selawat jika kenangan kita pada Rasulullah SAW hanya sekadar mengharap pahala yang sepuluh! Sedangkan pada masa sama kita melupakan cita-cita Baginda. Kita meninggalkan perjuangan sunnahnya, membiarkan umat ini mati jiwa dan minda. Sibuk memecah belah perpaduan, suka menyalahkan golongan lain dan hanya memuji golongannya sendiri.
Natijahnya, hilanglah kekuatan umat yang selama ini disatukan oleh rasul-Nya SAW. Jika Baginda masih hidup, pasti berasa amat sedih melihat keadaan seperti ini. Untuk apa selawat itu, padahal di hati rasul-Nya dilanda kesedihan.
Pujilah Rasulullah SAW dengan berselawat kepadanya. Tetapi, berselawatlah dengan nurani yang suci, pemikiran dan idea yang berisi inspirasi. Gerakan yang terfokus pada amal yang soleh dan perjuangan membangunkan umat. Panduan kita adalah sabda Baginda yang maksudnya: "Sesiapa yang tidak menyukai sunnahku dia bukan termasuk golonganku." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Setiap Muslim yang berazam ingin meneruskan perjuangan Nabi SAW kadang-kadang berasa patah semangat dengan ujian yang menjadi rintangannya. Ada juga yang api semangatnya terlalu berkobar-kobar hingga membakar diri sendiri. Sebahagian yang lain mencuba untuk melakukannya secara berkumpulan. Akhirnya, pengorbanan mereka menjadi agenda terselubung untuk kepentingan pemimpin yang tidak bertanggungjawab.
Gerakan dakwah yang dilakukan terpesong menjadi usaha untuk mencari nama, mengejar populariti dan memperbanyak pengikut yang mahu dicucuk hidungnya sesuka hati. Begitu juga ia digunakan untuk menebarkan fanatisme golongan tertentu, yang akhirnya bersikap menyalahkan orang lain dan menimbulkan perpecahan dalam tubuh umat. Itu semua adalah fenomena biasa dilihat dalam kehidupan pejuang dakwah.
Jika kita bersikap terbuka dengan pendapat orang lain dan melapangkan hati untuk memikirkan apakah kesilapannya, mungkin idea yang lebih jitu dan perancangan yang lebih teliti dapat dilakukan
Perjuangan Rasulullah SAW bermula dari dalam rumah Baginda. Isteri yang dikasihi adalah objek dakwah pertama, kemudian anak-anak dan ahli keluarga terdekat. Bagaimana dengan isteri dan anak kita? Sudahkah mereka mendirikan solat, berakhlak mulia dan taat setia kepada Allah dan rasul-Nya?
Kemudian Rasulullah SAW mengumpulkan kekuatan yang berada pada diri sahabatnya. Pada diri Abu Bakar kita belajar bahawa dakwah akan menang dengan kekuatan harta. Kekayaan pada tangan seorang yang beriman menjadi faktor penolong untuk agama Allah.
Untuk itu umat Islam mesti keluar daripada paras kemiskinan supaya tidak terbelenggu dengan kezaliman penjajah. Ekonomi kita boleh dijajah, anak bangsa diperbodoh, hasil bumi dan kekayaan negara menjadi rebutan musuh-musuhnya. Relakah kita mengalami kejadian yang sama seperti saudara kita yang dijajah? Oleh itu, berjuanglah seperti apa yang diperjuangankan oleh Abu Bakar al-Siddiq.
Dalam peribadi Umar al-Khattab kita belajar bahawa dakwah akan menang dengan ketokohan dan populariti yang karismatik supaya Islam dihormati kerana potensi unggul yang ada pada diri umatnya.
Jadilah orang yang bertanggungjawab di rumah, pejabat, jalan raya, pasar, sekolah, ladang dan kilang. Juga di mana saja kita berada, menyumbanglah untuk Islam, bangsa dan negara.
Sudahkah bangsa kita maju dengan potensi ilmu dan teknologi yang mampu menggerunkan bangsa lain? Sesungguhnya dalam diri Umar, murid dan pengikut setia Rasulullah SAW ada kekuatan yang cukup menggerunkan lawannya. Bagaimana dengan kita?
Begitu agungnya perjuangan yang dibentangkan Rasulullah SAW di hadapan sahabatnya. Inilah jalanku, sesiapa yang mengikuti sunnah perjuanganku akan bersamaku di syurga.
Mereka saling bersaing untuk memberi sumbangan kepada Allah dan rasul-Nya. Dengan harta, ilmu, kekuatan fizikal, bahkan menyerahkan jiwa pun mereka sanggup melakukannya demi cinta kepada Allah dan rasul-Nya. Begitulah kekuatan selawat yang melahirkan gerakan untuk mengikuti perjuangan Nabi SAW.
Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.
Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.
Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikanTuhan.
Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan.
Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah muzik yangmenggetarkan jiwa
Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuathidup terasa bererti.
Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan.
Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.

Tuesday, April 6, 2010

05/04/2010 Isnin, genap setahun kelahiran puteri sulong Mohd Norhaj dan Siti Nur Rafidah yang diberi nama Nur Husnina Rasyidah (SEBAIK-BAIK KAMI CAHAYA YANG MEMBERI PETUNJUK). Tampak gagah berjalan ketika berumur 8 bulan lagi. Anak kelahiran Dengkil Selangor ini sangat aktif. Berusia 6 bulan sudah didedahkan dengan makanan-makanan sunnah seperti Madu dan Susu Kambing (HIGOAT). Anak kelahiran 09 Rabi'ulakhir 1430 di Hospital Serdang ini beruntung kerana telah dikurniakan 4 orang Atuk dan berpuluh-puluh mak saudara.
BUTIRAN PERIBADI
  1. NAMA : NUR HUSNINA RASYIDAH BINTI MOHD NORHAJ
  2. NO K/P : 090405-10-0600
  3. TEMPAT LAHIR : HOSPITAL SERDANG, SELANGOR
  4. TARIKH LAHIR : 05/04/2009
  5. WAKTU : 2.59 PAGI HARI AHAD
  6. BERAT : 3.00 KILOGRAM
  7. BERCUKUR : 11/04/2009
  8. AQIQAH : 09/05/2009
  9. MULA BERTATIH : BULAN KELAPAN

Tuesday, March 30, 2010

30 mac, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan telah mengadakan seminar tatacara pengurusan Aset Alih Harta Kerajaan yang diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Blogger adalah salah seorang peserta yang tersenarai dalam 54 peserta yang mengikuti seminar ini.
Seminar yang dianjurkan selama dua hari ini cukup memberi kesan yang amat baik bagi diri blogger khususnya dan peserta lain amnya. ini kerana seminar seumpama ini adalah seminar yang julung kali diadakan dan ia merupakan sau pendedahan dan intipati yang amat berguna bagi kakitangan awam yang bertugas di setiap Agensi dan Jabatan.
Langkah yang diambil Oleh pihak berwajib ini perlu dicontohi kerana ramai dikalangan pekerja yang baru atau lama masih tidah didedahkan dengan seminar seperti ini. untuk pengetahuan semua Seminar Pengurusan Alih Harta Kerajaan ini adalah seminar yang banyak memberi pendedahan mengenai pandaftaran harta kerajaan, pemeriksaan, penyelenggaraan dan bagaimana cara untuk melupuskan harta kerajaan. Perkara ini perlu dititikberatkan oleh semua kakitangan kerajaan kerana ia adalah amanah yang telah dipikul oleh semua warga malaysia. Hal ini perlu diberi perhatian yang serius.

Saturday, March 27, 2010

PERLEMBAGAAN MALAYSIA SEKALI LAGI TELAH DIBENTANG UNTUK KEFAHAMAN JEMAAH DAN AHLI KARIAH WANGSA MAJU

YBhg. Prof. Dr. Abdul Aziz Bari
Pensyarah Kanan Kolej Ibrahim Kuliyyah Undang-Undang
Timbalan Pengerusi bersama Prof. selepas ceramah.

Santapan jasmani selepas syarahan sambil beramah mesra bersama jemaah seterusnya meneruskan perbahasan perundangan di meja makan...

Tenaga muda yang bertungkus lumus menjayakan ceramah perdana dengan bangganya merasa lapang dada dan berpuas hati dengan sambutan

zon menjamu selera bagi tetamu jemputan

pandangan belakang

jemaah yang hadir bagi menjayakan dan menyerikan ceramah bulanan yang dianjurkan setiap bulan oleh pihak pengurusan masjid amat menggalakan setiap bulan

jemaah muslimat turut tidak melepaskan peluang untuk hadir

MELAYU ISLAM DIDALAM PELEMBAGAAN MALAYSIA


8 TUNJANG PERUNDANGAN YANG TELAH DIHURAIKAN OLEH PROF. DR.ABDUL AZIZ BARI DALAM CERAMAHNYA DI MASJID USMAH BIN ZAID WANGSA MAJU, KUALA LUMPUR.

  1. Perlembagaan Malaysia adalah undang-undang tertinggi; undang-undang lain perlu selaras dengan perlembagaan. Perlembagaan merangkum Perlembagaan Persekutuan dan 13 perlembagaan negeri yang lain.
  2. Perkembangan perlembagaan bermula sejak Kesultanan Melayu Melaka pada kurun ke 15M, Kesultanan Johor (1895), Kesultanan Terengganu (1911) dan Persekutuan Tanah Melayu (1948). Selepas merdeka ia terus berkembang dengan pembentukan Malaysia (1963) dan seterusnya. Apa yang dirangka oleh Suruhanjaya Reid dan Suruhanjaya Cobbold adalah kehendak rakyat sendiri.
  3. Islam adalah sebahagian daripada perlembagaan. Selain peruntukan dalam perlembagaan negeri mengenai Raja-Raja peruntukan mengenai Islam terkandung di bawah Per.3, 11, 12, 121(1A), 150(6A), 160(2) dan Jadual Kesembilan. Islam juga dimasukkan ke dalam pelbagai peruntukan undang-undang di peringkat persekutuan dan negeri: akta & enakmen. Dengan itu Islam telah menjadi sebahagian daripada undang-undang negara.
  4. Islam menjadi tunjang kepada definisi Melayu. Ini penting kerana ada banyak peruntukan mengenai Melayu: dalam perlembagaan negeri (MB & SUK), bahasa Melayu (Per.152), kedudukan istimewa Melayu (Per.153), Rejimen Askar Melayu (Per.8(5)(f), Tanah Rezab Melayu (Per.89); dll.
  5. Islam juga menjadi tiang seri institusi Raja yang mempunyai peranan mempertahankan peruntukan mengenai Islam dan Melayu: Majlis Raja-Raja; Per.38 dan 159(5)
  6. Islam boleh dilaksanakan melalui kerangka perlembagaan. Apa yang perlu ialah sokongan dan dokongan rakyat supaya undang-undang sedemikian dapat diwujudkan oleh parlimen/DUN. Sokongan ini boleh diwujudkan melalui pendidikan dan politik. Rakyat perlu faham dan komited dengan Islam.
  7. Peruntukan yang ada sedikit; tetapi ini semua boleh ditambah sekiranya rakyat menyokong usaha ini. Usaha memperkasa Islam perlu dijalankan dengan telus dan demokratik. Ia tidak harus melalui pendekatan memaksa. Ketika ini belum semua peruntukan yang ada itu telah dimunafaatkan.
  8. Apa yang penting ialah iklim dan persekitaran yang sesuai supaya perlembagaan berkembang mengikut kehendak Islam. Usaha ini perlu bermula dalam diri, keluarga dan masyarakat. Peruntukan perlembagaan tidak bermakna jika masyarakat Islam tidak mengamalkan ajaran Islam. Kekuatan sebanyak 60 peratus sudah memadai. Tetapi mereka perlu menunjukkan kualiti, bukan sekadar kuantiti.

.....العقل ألسليم فى جسم السليم

Sebahagian daripada jemaah yang melapangkan masa beriadhah bersama kakitangan MUBZ. sebahagian daripada Usrah sukan anjuran MUBZ...

Blogger bersama Bilal MUBZ dengan menampilkan gaya yang tersendiri seblum berentap di arena DBKL...

kesedian blogger untuk bertemu dengan lawan di arena DBKL


dengan gaya yang dimiliki oleh blogger... adakah klon daripada misbun sidek?


pertemuan yang amat dinanti-nantikan blogger akhirnya muncul, dengan pertemuan antara tokoh veteran badminton Brunei.

Friday, March 26, 2010

GARIS PANDUAN, ADAB-ADAB SERTA TEKNIK MENGHAFAZ AL-QURAN

TEKNIK-TEKNIK MENGHAFAZ AL-QURAN

1. Membaca sehingga mahir dan lancar.

2. Bertalaqqi ( membaca dihadapan guru).

3. Memahami isi kandungan ayat-ayat yang akan dihafal.

4. Menghadap kearah kiblat.

5. Berdoa sebelum menghafal.

6. Cuba menghafal sebanyak 7 kali berulang-ulang dengan melihat al-quran.

7. Menggunakan jari telunjuk untuk mengfokuskan ayat-ayat yang akan dibaca/ di hafal.

8. Cuba menghafal tanpa melihat al-quran sebanyak 3 kali.

9. Meneruskan ayat berikutnya jika yakin ayat tersebut telah dihafal dengan baik.

10. Mengulangi ayat pertama dan ayat yang kedua sebanyak 3 kali dengan melihat al-quran.

11. Meneruskan ayat-ayat yang berikutnya dengan teknik yang sama.

ADAB-ADAB DENGAN AL-QURAN

1. Memegang al-quran dengan tangan kanan.

2. Membaca al-quran atas daripada pusat.

3. Jangan sesekali meletakkan sesuatu diatas al-Quran.

4. Jangan seseklai mengunjurkan / mengarahkan kaki kearah kiblat.

5. Jangan sesekali duduk lebih tinggi daripada al-quran.

6. Jangan sesekali melangkah meja/rehal al-quran.

ADAB-ADAB MEMBACA L-QURAN

1. Berwuduk.

2. Menghadap kearah kiblat.

3. Membaca bismillah sebelum membuka al-quran.

4. Membuka al-quran dengan tangan kanan.

5. Membuka al-quran dengan perlahan-perlahan.

6. Memulakan dengan membaca istighfar 7 kali.

7. Selawat keatas nabi.

8. Membaca surah al-fatihah dan al-insyirah.

9. Berdoa dengan doa khusus.

10. Membaca al-quran dengan tertib.

11. Dilarang bermin, mercakap, bergurau ketika membaca al-quran.

12. Dilarang makan dan minum ketika membaca al-quran.

13. Menutup al-quran dengan doa

GAGASAN PENGUKUHAN BERSAMA SPRM

Rombongan DPP Pusat ke SPRM
KP SPRM yang baru.. dengan gaya dan pendirian yang baru.. meluangkan masa untuk memberi dan bekerjasama dengan pihak yang berkebajikan demi membenteras rasuah di Malayasia
Perjumpaan bersama pegawai atasan SPRM untuk memberi penjelasan mengenai pendirian DPP Pusat berkaitan isu raasuah yang menular di Malaysia.
TKP (Pentadbiran) Ybhg. Dato' Zakaria Jaafar turut meluangkan masa beramah mesra besama KP DPP Pusat.
Ulasan daripada pihak pelawat dalam perjumpaan tersebut
Kesudian SPRM menerima Lawatan daripada DPP Pusat amat RELEVAN dan perlu di contohi oleh semua jabatan dan suruhanjaya demi menjaga sistem demokrasi di negara ini.